Ketua Pemuda UMNO Bahagian Arau, Ahmad Nazrin Abdul Aziz menyatakan bahawa organisasinya terbuka untuk berkerjasama dengan mana-mana pihak demi kepentingan rakyat.
Beliau menekankan bahawa sebarang kerjasama hendaklah didasarkan atas rasa hormat dan bukan atas dasar membanding-bandingkan komitmen agama antara parti.
Pernyataan ini dikemukakan semasa perasmian Mesyuarat Perwakilan Pemuda UMNO Bahagian Arau di Dewan Sivik Arau malam tadi.

