Penyanyi Datuk Nash memuji usahawan dan personaliti media sosial Syahmi Sazli kerana ikhlas mengangkat semula nama artis lama dengan memberi peluang kepada mereka untuk membuat persembahan di pentas hiburan.
Usaha Syahmi bukan sekadar membantu penyanyi veteran menjana pendapatan tetapi juga memperkenalkan semula mereka kepada generasi baharu melalui liputan meluas di media sosial.
Nash berkata tidak ramai penganjur sanggup mengambil inisiatif sedemikian, menjadikan usaha Syahmi wajar diberikan penghargaan dan pengiktirafan.


