Polis mengesahkan bahawa dua objek menyerupai bom yang dijumpai seorang wanita semasa mengemas stor di rumah mendiang bapanya di Taman Bagan, Butterworth merupakan bom mortar latihan milik tentera.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara Anuar Abdul Rahman menyatakan bahawa bom tersebut tidak mengandungi bahan letupan serta tidak mendatangkan bahaya kepada masyarakat setempat.
Objek itu telah diserahkan kepada Unit Pemusnah Bom untuk siasatan dan kes diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut buat masa ini.


