Parti Pesaka Bumiputera Bersatu akan terus memberikan ruang kepada calon muda untuk memimpin sebagai usaha memastikan kesinambungan kepimpinan serta pembangunan negeri yang mampan, menurut Presidennya Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
Langkah menampilkan calon muda tersebut selaras dengan aspirasi kerajaan negeri yang menekankan pembangunan berteraskan inovasi, ekonomi digital serta tenaga lestari.
Dalam komponen parti, peluang kepada golongan muda masih terhad kerana mereka perlu banyak belajar daripada pemimpin berpengalaman.


