Pemindahan perubatan dari Semenanjung Gaza disambung semula pada hari Ahad melalui lintasan sempadan Rafah dengan Mesir selepas Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menggantung operasi beberapa hari susulan kematian seorang kakitangan WHO waga Palestin.
Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin memaklumkan pasukannya memindahkan pesakit dan mangsa cedera melalui lintasan tersebut dengan penyelarasan WHO dan pihak berkuasa berkaitan untuk memastikan keselamatan.
Pesakit dibawa menggunakan ambulans dari Hospital Pemulihan Perubatan di Khan Younis di selatan Gaza ke Rafah sebelum meneruskan perjalanan ke luar negara bagi mendapatkan rawatan lebih lanjut.



