Trend
Kompilasi Kini TM Follow Like Share
utama

Pengayuh beca fasih 16 bahasa

What Did I Do To Make Her Leave Me Now?
Harian Metro
14 Julai 2026, 06:16 PG MYT
Aktif 0s lalu
·🌐 George Town

Beca telah mengukuhkan kedudukannya sebagai ikon pelancongan paling sinonim dengan Pulau Pinang dengan menawarkan pengalaman unik yang menghubungkan pelancong kepada sejarah, budaya dan warisan George Town meskipun menghadapi persaingan dari sistem pengangkutan moden dan perkhidmatan e-panggilan.

Beca kini berkembang menjadi produk pelancongan bernilai tinggi terutama di sekitar Lebuh Armenian dalam Tapak Warisan Dunia UNESCO, memberikan sumber rezeki kepada pengayuh setia seperti Chiko, 70 yang telah melibatkan diri dalam profesion ini selama lebih empat dekad.

Bagi pengayuh beca, pekerjaan mereka bukan sekadar mencari nafkah malah merupakan amanah penting untuk memastikan identiti pelancongan Pulau Pinang terus hidup dan dihargai oleh generasi akan datang.