Seorang penjawat awam ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pahang kerana disyaki menerima rasuah sebagai balasan membawa masuk bahan terlarang ke dalam penjara bagi kegunaan banduan.
Penahanan lelaki yang berkhidmat di sebuah penjara di Bentong dipercayai menerima wang rasuah kira-kira RM4,500 daripada ahli keluarga beberapa banduan untuk membawa masuk bahan terlarang bagi kegunaan banduan yang terlibat.
siasatan awal mendapati, wang rasuah itu dimasukan ke dalam akaun bank milik suspek antara Januari hingga Mac 2026.


