Legenda seni suara Bollywood Asha Bhosle meninggal dunia pada usia 92 tahun kemarin selepas dimasukkan ke hospital akibat serangan jantung.
Kematian Asha menandakan berakhirnya era gemilang dalam muzik Bollywood dengan kerjayanya menjangkau lebih lapan dekad dan katalog lebih 12,000 lagu.
Pemergian adik mendiang Lata Mangeshkar ini berganda dukanya kerana mengikuti kematian kakaknya empat tahun lalu, mengakhiri warisan dua legenda nyanyian latar India yang tiada tandingan.


