PETRONAS menegaskan keperluan untuk memperkukuh daya tahan, daya saing dan keupayaan pelaksanaan ekosistem perkhidmatan serta peralatan minyak dan gas Malaysia semasa Hari Rakan OGSE syarikat itu.
Naib Presiden Kanan Pengurusan Petroleum Malaysia, Datuk Bacho Pilong berkata program itu bertujuan mempamerkan ekosistem OGSE yang berdaya tahan dan bersedia menghadapi masa hadapan dengan kedudukan kewangan kukuh.
Inisiatif ini penting untuk memastikan sektor OGSE Malaysia terus berkembang dengan teknologi canggih, modal insan berkualiti dan pengurusan yang berintegriti.

