Selepas lebih dua dekad mencipta fenomena, Penerbit Eksekutif dan Pengarah Puteri Gunung Ledang The Musical membuka sesi uji bakat rasmi bagi mencari barisan pelakon generasi baharu.
Peluang ini dilihat sebagai lebih daripada sekadar produksi teater tetapi sebagai ruang untuk bakat muda melangkah ke pentas besar.
Inisiatif ini memungkinkan bakat muda menjadi sebahagian daripada karya ikonik yang pernah mencuri hati penonton selama lebih dua dekad ini.


