Polis Manjung menahan 75 pendatang asing tanpa izin (PATI) termasuk dua individu yang bertindak sebagai transporter dalam dua serbuan berasingan di sekitar Bandar Baru Segari melalui Operasi Taring Landai.
Operasi ini melibatkan pegawai dari Ibu Pejabat Polis Daerah Manjung, Polis Marin Wilayah 1, dan Unit Risikan Marin Kampung Acheh.
Selain transporter, polis juga menahan seorang lelaki Indonesia yang berperanan sebagai penjaga rumah penampungan bagi PATI tersebut.


