Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah mengaktifkan Pusat Pemantauan Rangkaian untuk menerima dan menyelaras aduan berkaitan perkhidmatan komunikasi dan multimedia semasa Pilihan Raya Negeri Negeri Sembilan ke-16.
Orang ramai boleh mengemukakan aduan mengenai liputan rangkaian mudah alih, internet, kualiti perkhidmatan telekomunikasi, gangguan perkhidmatan, dan kandungan dalam talian yang melibatkan isu 3R iaitu agama, kaum dan institusi diraja.
Pusat pemantauan ini juga menerima aduan berkaitan perkara lain yang berada di bawah bidang kuasa MCMC untuk memastikan perkhidmatan komunikasi berjalan lancar.


