Duta Besar Indonesia Datuk Raden Mohammad Iman Hascarya Kusumo menyangkal dakwaan bahawa kawasan seluas 127.3 hektar di Pulau Sebatik, Sabah telah menjadi milik Indonesia.
Beliau menyatakan bahawa laporan media dari Indonesia tersebut adalah tidak benar dan kawasan itu masih berada dalam wilayah Malaysia dengan status grey area.
Perbincangan untuk menetapkan status sebenar pulau berkenaan masih belum diputuskan oleh kedua-dua negara.


