Trend
Kompilasi Kini TM Follow Like Share
terkini

Remaja OKU, lelaki mualaf ditemukan lemas di Sungai Kedah

What Did I Do To Make Her Leave Me Now?
Astro Awani
14 Jun 2026, 04:30 PTG MYT
Aktif 5h 20min lalu
·🌐 Alor Setar

Dua lelaki termasuk seorang remaja Orang Kurang Upaya yang dilaporkan hilang pada Jumaat lalu ditemukan lemas di Sungai Kedah, Alor Setar pada hari ini.

Mayat Saw Chee Wan berusia 16 tahun telah dikenal pasti oleh ahli keluarganya yang melaporkan mangsa hilang dari rumahnya di Kampung Seberang Perak berhampiran lokasi kejadian.

Mayat ditemukan tersangkut pada pokok berhampiran Taman Pesisiran Jeragan oleh petugas pembersihan Majlis Bandaraya Alor Setar pada pagi hari.