Norish Karman, yang berasal dari Singapura, menjelaskan bahawa kenyataannya tentang ingin memiliki kenderaan pelbagai guna (MPV) bernilai RM150,000 adalah sekadar angan-angan yang tidak serius.
Beliau meminta masyarakat untuk tidak memperbesar-besarkan isu tersebut dan melihatnya dengan perspektif yang lebih santai.
Menurut Norish, setiap orang pasti mempunyai angan-angan dalam hidup, tetapi ia tidak bermakna mereka akan melaksanakannya kerana tidak semua orang mempunyai kewangan untuk mewujudkannya.


