Program GEAR-uP terus memperkukuh agenda pemerkasaan bumiputera apabila syarikat berkaitan kerajaan dan Petronas merekodkan perolehan barangan serta perkhidmatan bernilai kira-kira RM49 bilion setahun daripada syarikat bumiputera.
Angka itu direkodkan bagi tempoh 2022 hingga 2025 seperti yang dinyatakan dalam Laporan Kemajuan GEAR-uP 2026 yang dilancarkan Kementerian Kewangan hari ini.
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan menyatakan pemerkasaan bumiputera kekal menjadi antara keutamaan dalam pelaksanaan program berkenaan.


