Penyanyi terkenal Indonesia Datuk Seri Rossa telah mengambil tindakan undang-undang terhadap puluhan akaun media sosial yang didakwa menyebarkan fitnah dan kandungan manipulatif mengenai dirinya dengan mengeluarkan notis tuntutan formal.
Pihak pengurusan Rossa menyatakan langkah tersebut diambil susulan penyebaran pelbagai kandungan yang mengandungi unsur manipulasi dan memudaratkan reputasi penyanyi berkenaan di platform digital.
Wakil pasukan guaman Rossa, Natalia Rusli, melaporkan bahawa kandungan yang dikenal pasti termasuk video yang dimanipulasi dengan menggabungkan rakaman asal penyanyi bersama suara atau naratif pihak lain sehingga menimbulkan persepsi palsu.



