Penyanyi Ariff Bahran, berusia 28 tahun, meluahkan kekecewaan kerana usahanya menggasak bidang perniagaan dipandang sinis oleh beberapa pihak selepas mengalami kerugian RM425,000 akibat penipuan.
Ariff berpandangan bahawa sikap memperlekehkan pemain baru dalam industri perniagaan adalah tidak wajar dan tidak adil.
Dia menekankan bahawa semua orang bermula dari bawah dan dalam perjalanan tersebut adalah perkara biasa untuk mengalami pengkhianatan, kemunduran sebelum bangkit semula.


