Sultan Kedah Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah bertitah memandang serius isu rumah ibadat bagi semua agama yang dibina tanpa kelulusan yang sah sama ada melibatkan pencerobohan ke atas tanah kerajaan atau tanah persendirian.
Baginda mengingatkan bahawa setiap perlaksanaan perlu berlandaskan peraturan dan undang-undang yang telah dikuatkuasa dengan sempurna.
Baginda menekankan bahawa tindakan yang mengetepikan saluran dan kelulusan yang sah tidak boleh dikompromi sama sekali.



