Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor menyatakan bahawa kerajaan negeri akan terus menuntut pelaksanaan penuh hak pemberian 40 peratus hasil Persekutuan seperti yang dijanjikan dalam Perjanjian Malaysia 1963.
Tuntutan ini akan dibawa melalui rundingan kerajaan ke kerajaan dengan Kerajaan Persekutuan.
Pemberian 40 peratus tersebut merupakan salah satu hak terbesar Sabah yang termaktub dalam Perkara 112C dan 112D Perlembagaan Persekutuan.


