Diasak gelombang kecaman dan dilabel dengan pelbagai gelaran panas termasuk 'penyondol', Ira Kazar tampil tenang berdepan tekanan apabila mengakui dirinya kini sudah 'imun' terhadap kata-kata negatif yang dilemparkan netizen.
Bekas isteri kepada pengarah kontroversi, Syamsul Yusof itu berkata, dia tidak mempunyai kuasa untuk menutup mulut orang lain dan memilih untuk tidak ambil pusing terhadap kecaman yang diterima.
Ira atau nama sebenarnya Faghirah Fatini Kazaruddin, 31, berkata kebanyakan komen yang diterima adalah berulang, sekali gus membuatkan dirinya semakin kebal.


