Sebahagian besar operasi penerbangan di Lapangan Terbang Brussels dijangka dibatalkan pada 23 November berikutan rancangan pengawal trafik udara menyertai mogok nasional.
Penyedia perkhidmatan navigasi udara Belgium, skeyes, mengumumkan ketidakupayaan menyediakan perkhidmatan kawalan trafik udara secara normal di lapangan terbang dan ruang udara di bawah tanggungjawabnya antara pukul 7 pagi hingga 9 malam pada hari berkenaan.
Mogok ini adalah sebagai tindakan membantah langkah penjimatan kerajaan persekutuan Belgium yang akan menyebabkan gangguan ketara bagi penerbangan.




