Wabak Ebola di Republik Demokratik Congo telah meragut sekurang-kurangnya 100 nyawa dengan lebih daripada 390 kes yang disyaki setakat ini menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Afrika.
Ketua Pengarah Africa CDC Jean Kaseya menyatakan wabak ini membimbangkan kerana ketiadaan vaksin dan rawatan khusus bagi strain virus yang sedang menular di rantau tersebut.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia telah mengisytiharkan wabak ini sebagai Kecemasan Kesihatan Awam Antarabangsa berikutan risiko penularan merentasi sempadan dan peningkatan kes yang agresif.



