Trend
Kompilasi Kini TM Follow Like Share
bisnes

Selangor, KL dan Perak jadi tumpuan pelancong tempatan sepanjang 2025

What Did I Do To Make Her Leave Me Now?
Harian Metro
16 Jun 2026, 01:28 PTG MYT
Aktif 20h 48min lalu
·🌐 Kuala Lumpur

Sektor pelancongan domestik Malaysia mencatatkan pertumbuhan memberangsangkan pada tahun 2025 dengan perbelanjaan pelawat domestik melonjak 13.6 peratus mencapai RM121.3 bilion berbanding RM106.7 bilion tahun sebelumnya.

Ketua Perangkawan Malaysia Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin menjelaskan pertumbuhan disokong oleh peningkatan perbelanjaan daripada pelancong dan pelawat harian yang masing-masing mencatat pertumbuhan 14.6 peratus dan 12.2 peratus.

Momentum pertumbuhan ini membuktikan kuasa beli rakyat tempatan semakin kukuh dan mencerminkan kepercayaan pengguna terhadap ekonomi domestik Malaysia.