Pakatan Harapan akan memastikan semua calon yang bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Negeri Sembilan memberi tumpuan kepada penyampaian manifesto berbanding menggunakan retorik atau menyerang pihak lawan.
Pengerusi PH Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun menegaskan bahawa setiap calon akan diingatkan untuk memahami sepenuhnya kandungan manifesto sebelum menyampaikannya kepada rakyat.
Beliau menekankan bahawa kempen seharusnya memberikan penjelasan mengenai perancangan dan tawaran untuk dilaksanakan sekiranya diberi mandat daripada pengundi.


