Pempengaruh dan pelakon Syida Melvin dilaporkan memfailkan permohonan cerai terhadap suami, Syafiq Azim, pada Disember tahun lalu di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, Selangor.
Perkara ini baru diketahui umum baru-baru ini melalui laporan portal hiburan, dengan sebutan pertama kes berkenaan berlangsung pada 2 April lalu.
Maklumat ini disahkan oleh peguam Syida, Nurul Jamaliah, yang memaklumkan jadual pendengaran kes tersebut.


