Pelakon Aedy Ashraf memulakan fasa baharu dalam kerjayanya dengan meluncurkan filem sulung berjudul Tarung: Unforgiven melalui syarikat produksi Alpha47, yang memaparkan genre aksi yang disukai penonton tempatan.
Aedy meletakkan harapan tinggi bahawa filem ini mampu membuat impak besar dalam industri perfileman Malaysia dengan mendapat sokongan pelbagai pihak termasuk penonton tempatan.
Beliau optimis bahawa Tarung: The Unforgiven berpotensi mencapai kutipan pecah panggung sehingga RM50 juta jika mendapat sambutan menggalakkan daripada peminat filem.


