Trend
Kompilasi Kini TM Follow Like Share
nasional

Tenaga boleh baharu: Pulau Pinang yakin capai sasaran 10 peratus menjelang 2030

What Did I Do To Make Her Leave Me Now?
Utusan Malaysia
28 Julai 2026, 06:36 PG MYT
Aktif 0s lalu
·🌐 George Town

Pulau Pinang kini berada pada landasan yang tepat untuk mencapai sasaran tenaga boleh baharu (TBB) sehingga 10 peratus iaitu menerusi campuran tenaga negeri menjelang 2030.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, keyakinan itu selaras dengan pelaksanaan Rangka Kerja Tenaga Pulau Pinang (PEF) yang turut menyasarkan peningkatan kecekapan tenaga sebanyak 25 peratus, juga menjelang 2030.

Jika ia berjaya direalisasikan, kami akan menetapkan matlamat yang lebih tinggi bagi mempercepatkan peralihan kepada tenaga bersih pula,” katanya selepas melancarkan Fasa 2 Projek Pemasangan Solar di Renesas Semiconductor (Malaysia) Sdn.