Pasukan pegawai Jabatan Perikanan Perak tidak menemukan bangkai ikan lumba-lumba dalam siasatan yang dijalankan di perairan Ban Pecah, Tanjung Piandang semalam, walaupun menerima maklumat awal melalui video tular di TikTok pada 5 Ogos lalu.
Pengarah Perikanan Perak Mohd Ghazali A Manap menjelaskan bahawa bangkai haiwan berkenaan berkemungkinan telah dihanyutkan arus atau ombak ke lokasi lain sebelum pemeriksaan dijalankan.
Penemuan awal telah dilaporkan melalui Pangkalan Konservasi dan Perlindungan Perikanan Kuala Kurau berdasarkan maklumat dari media sosial.


