Seorang lelaki warga Indonesia berusia 53 tahun ditahan polis di Kampung Pandan setelah mencuba melarikan diri dari sekatan jalan raya kerana didapati tidak membawa dokumen pengenalan diri.
Suspek didakwa menaiki Perodua Axia bersama dua rakannya dari kawasan Sungai Besi dan berjaya ditahan polis pada pukul 7.03 pagi di Kampung Pandan.
Ketiadaan dokumen diri dipercayai menjadi punca lelaki itu takut ditahan oleh pihak berkuasa.


