TV3 menguatkan dominasi sepanjang Ramadan hingga Syawal dengan tayangan tiga drama utama iaitu Kerana Cinta Itu Dusta, Khianat Yang Terpilih dan Bila Cinta Menjadi Dosa yang mencuri perhatian penonton televisyen dan platform digital.
Drama Kerana Cinta Itu Dusta merekodkan prestasi memberangsangkan dengan 880 juta capaian media sosial berdasarkan sumber Meltwater dan menjadi fenomena dalam kalangan peminat drama Melayu.
Kesuksesan drama ini membuktikan keupayaan TV3 menghasilkan kandungan berkualiti tinggi yang resonan dengan penonton.


