Penerbit dan pengarah Rahila Ali mempertaruhkan filem berjudul Tiket Sehala yang merupakan hasil kepakaran empat negara iaitu Malaysia, Korea Selatan, Thailand dan Indonesia selepas hampir setahun proses pembikinan.
Filem bergenre survival thriller ini akan ditayangkan di pawagam pada 6 Ogos dan menceritakan tentang isu global penipuan pekerjaan dan pemerdagangan manusia.
Projek ini menunjukkan kolaborasi antarabangsa yang penting dalam industri filem dan mengangkat isu sosial yang serius melalui medium hiburan.


