Trend
Kompilasi Kini TM Follow Like Share
hiburan

Tony Eusoff idam watak petani, mahu kembali ke akar kehidupan

What Did I Do To Make Her Leave Me Now?
Berita Harian
12 April 2026, 11:30 PG MYT
Aktif 20h 40min lalu
·🌐 Kuala Lumpur

Pelakon, Tony Eusoff, menyuarakan hasrat untuk membawakan watak berlatarkan kehidupan kampung, khususnya sebagai individu yang terbabit dalam bidang pertanian, yang disifatkan paling dekat dengan jiwanya.

Tony atau nama sebenarnya Anthony Joseph Hermas Rajiman, 49, berkata sepanjang lebih dua dekad bergelar pelakon, peluang membawakan watak sedemikian masih belum menjadi kenyataan.

"Sudah 22 tahun saya bergelar pelakon, tetapi watak yang paling dekat di hati masih belum pernah saya dapat, iaitu sebagai orang kampung, petani atau pesawah.