Trend
Kompilasi Kini TM Follow Like Share
sukan

Villa jumpa Forest separuh akhir Liga Europa

What Did I Do To Make Her Leave Me Now?
Berita Harian
16 April 2026, 06:16 PG MYT
Aktif 1h 13min lalu
·🌐 London

Aston Villa dan Nottingham Forest telah menempah pertembungan sesama kelab England di separuh akhir Liga Europa selepas meraih kemenangan di suku akhir kedua awal pagi tadi.

Aston Villa, dipimpin Unai Emery, membelasah Bologna 4-0 di Villa Park dengan kelebihan agregat 7-1 daripada perlawanan pertama 3-1, manakala Nottingham Forest menewaskan FC Porto 1-0 untuk meraih kemenangan agregat 2-1.

Pencapaian Forest amat membanggakan kerana mereka berada 12 anak tangga di bawah Villa dalam kedudukan Liga Perdana Inggeris dan mengalahkan Porto dengan 10 pemain.