Pelakon Aniq Suhair mengakui masih sukar meyakinkan penerbit dan pengarah bahawa dirinya mampu menggalas watak aksi apabila sering dinilai berdasarkan penampilan fizikal, khususnya wajah yang dianggap terlalu 'jambu'.
Aniq, 26, berkata persepsi itu menyebabkan peluang untuk membintangi karya aksi menjadi lebih terbatas biarpun percaya setiap karakter boleh dibentuk menerusi kemampuan lakonan, bukan rupa paras semata-mata.
"Susah untuk yakinkan mereka yang saya boleh membawakan karya aksi kerana saya rasa masih ramai membuat pemilihan pelakon berdasarkan penampilan dan rupa.


