Pakatan Harapan (PH) Pulau Pinang bersetuju mengekalkan Barisan Nasional (BN) dalam pentadbiran Kerajaan Perpaduan negeri selaras dengan persefahaman kerjasama electoral pact yang terjalin pada Pilihan Raya Negeri 2023.
Pengerusi PH Pulau Pinang Chow Kon Yeow menyatakan keputusan ini dipersetujui dalam mesyuarat negeri yang turut memberi tumpuan kepada persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum akan datang.
Mesyuarat juga mencapai kesepakatan untuk mengekalkan Exco BN dalam pentadbiran kerajaan negeri mengikut persefahaman yang telah dirancang.


