Pengarah dan penerbit tersohor, Datuk Yusof Haslam menyokong cadangan mengehadkan waktu bekerja kepada maksimum 12 jam sehari dalam kalangan pelakon dan kru produksi, namun berpandangan pelaksanaannya perlu dibuat secara fleksibel mengikut keperluan produksi.
cadangan itu wajar demi menjaga kebajikan warga industri, tetapi realiti di lokasi penggambaran sering dipengaruhi pelbagai faktor luar jangka.
"Kita bukan tidak setuju dengan had 12 jam itu.
Saya sendiri setuju, tetapi dalam keadaan tertentu perlu ada sedikit kelonggaran.


