Kerajaan Negeri Johor menegaskan komitmen meletakkan syarat ketat dalam menerima cadangan pelaburan asing untuk memastikan setiap projek memberi impak dan nilai tinggi kepada rakyat Johor.
Keputusan ini penting untuk membuktikan bahawa Johor bukan lokasi lambakan industri atau pelupusan projek dari mana-mana pihak tanpa pertimbangan matang.
Langkah proaktif ini dilakukan khususnya menanggapi trend kebanjiran pelaburan berkaitan pusat data yang sedang berlaku di rantau ini.



