Maybank menyatakan anak syarikatnya di Indonesia sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa dalam siasatan melibatkan pelanggan korporat tertentu namun kumpuan Maybank dan anak syarikatnya sendiri bukan di bawah siasatan.
Kakitangan Maybank Indonesia telah diminta memberikan maklumat sebagai saksi untuk membantu pihak berkuasa dalam proses siasatan berkenaan.
Maybank menekankan komitmennya terhadap standard tertinggi tadbir urus, pematuhan dan integriti merentas semua operasi sebagai institusi kewangan yang dikawal selia.



