PETRONAS mengekalkan kedudukannya sebagai jenama paling bernilai di Malaysia untuk tahun ke-16 berturut-turut walaupun menghadapi persekitaran operasi global yang mencabar dengan nilai jenama sebanyak AS$13.8 bilion.
Laporan Malaysia 100 2026 dari Brand Finance menunjukkan nilai keseluruhan 100 jenama teratas Malaysia meningkat lima peratus kepada AS$62.2 bilion manakala PETRONAS mengalami susut empat peratus berbanding tahun sebelumnya.
Pencapaian PETRONAS mencerminkan kekuatan jenama nasional walaupun menghadapi tekanan ekonomi global dan volatilitas dalam industri petrokimia.



