Trend
Kompilasi Kini TM Follow Like Share
ekonomi

Mahkamah Tinggi ketepi pampasan RM78.6j Sime Darby Property bagi projek WCE

What Did I Do To Make Her Leave Me Now?
Utusan Malaysia
13 Julai 2026, 07:07 PG MYT
Aktif 0s lalu
·🌐 Petaling Jaya

Sime Darby Property Berhad berkemungkinan kehilangan pampasan berjumlah RM78.6 juta selepas Mahkamah Tinggi Shah Alam mengetepikan pampasan bagi pemisahan tanah dan kesan menjejaskan baki tanah.

Pampasan tersebut sebelum ini diberikan susulan pengambilan tanah secara paksa untuk projek Lebuhraya Pantai Barat bagi tujuh lot tanah seluas 504,101 meter persegi.

Mahkamah telah membuat keputusan untuk mengetepikan pampasan RM78.6 juta, walaupun alasan penghakiman bertulis masih belum dikeluarkan.