Trend
Kompilasi Kini TM Follow Like Share
ekonomi

Permintaan pusat data pacu pertumbuhan tenaga boleh baharu

What Did I Do To Make Her Leave Me Now?
Utusan Malaysia
9 Julai 2026, 11:38 PG MYT
Aktif 0s lalu
·🌐 Petaling Jaya

Sektor tenaga boleh baharu Malaysia dijangka meneruskan pertumbuhannya pada separuh kedua 2026 dengan sokongan peningkatan aktiviti EPCC untuk projek solar dan penggunaan sistem penyimpanan tenaga bateri yang meluas.

Hong Leong Investment Bank Research menyatakan pertumbuhan ini juga didorong oleh permintaan daripada pusat data dan Malaysia berada di landasan mencapai sasaran kapasiti terpasang sebanyak 32 peratus tahun ini.

Momentum ini memperkuat perjalanan Malaysia ke arah sasaran jangka panjang berdasarkan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara iaitu 35 peratus menjelang 2030 dan 70 peratus menjelang 2050.