Trend
Kompilasi Kini TM Follow Like Share
ekonomi

UDA laksana projek kediaman di Wakaf Seetee Aisah

What Did I Do To Make Her Leave Me Now?
Utusan Malaysia
9 Julai 2026, 11:38 PG MYT
Aktif 0s lalu
·🌐 Petaling Jaya

UDA Holdings Berhad secara proaktif memainkan peranan penting dalam memajukan tanah wakaf berpotensi melalui projek pembangunan Amaanee Residences di Wakaf Seetee Aisah dekat Seberang Jaya, Pulau Pinang dengan kerjasama Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang.

Projek ini merupakan kesinambungan kejayaan Taman Wakaf Seetee Aisah dan Pusat Komersial Wakaf Seetee Aisah sebelumnya yang telah terbukti berjaya mengangkat potensi nilai komersial hartanah.

Pendekatan berfasa UDA dalam pengembangan tanah wakaf ini menunjukkan komitmen untuk memaksimalkan manfaat ekonomi dan sosial hartanah wakaf bagi masyarakat setempat.