Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD) menyatakan bahawa Malaysia perlu mempercepat usaha mengurangkan pelepasan gas rumah hijau terutama daripada sektor tenaga bagi mencapai sasaran menjadi ekonomi sifar karbon bersih menjelang 2050.
Menurut Tinjauan Ekonomi Malaysia 2026, pelepasan gas rumah hijau tahunan Malaysia kini melebihi dua kali ganda berbanding paras tahun 2000 susulan pertumbuhan ekonomi yang pesat dan peningkatan permintaan tenaga.
Peningkatan kejadian bencana berkaitan perubahan iklim di negara ini menjadi peringatan bahawa langkah mitigasi perlu diperkukuh dengan segera untuk membendung risiko iklim dan melindungi negara dari ancaman alam sekitar.

