Toyota, yang dikenali sebagai peneraju teknologi hibrid selama lebih dua dekad, dilihat lambat dalam memperkenalkan kenderaan elektrik sepenuhnya berbanding pengeluar lain yang berlumba-lumba menghasilkan EV.
Perbezaan pendekatan ini disebabkan Toyota mempunyai falsafah unik yang berbeza daripada kebanyakan pengeluar lain dalam industri kenderaan.
Toyota masih mempercayai bahawa dunia memerlukan pendekatan pelbagai teknologi atau Multi-Pathway untuk memenuhi keperluan pasaran yang beragam di masa depan.

