Filem BAGA: Esok Untuk Siapa yang diarahkan Ariff Zulkarnain mengambil pendekatan berbeza daripada filem lain yang terlalu keras membuktikan kehebatannya melalui lakonan dramatik, dialog bermuatan emosi atau pengarahan yang sensasional.
Pengarah filem ini tidak terlalu bergantung pada demonstrasi teknik sinematik canggih untuk meyakinkan penonton tentang kualiti karyanya.
Pendekatan ini mencerminkan filosofi sinematografi yang lebih halus dan berfokus pada cerita daripada perhiasan visual.



