Trend
Kompilasi Kini TM Follow Like Share
hiburan

Selepas 26 tahun, Khadijah Ibrahim kembali dengan 'Ibu Doa'

What Did I Do To Make Her Leave Me Now?
Astro Awani
6 Ogos 2026, 12:00 PTG MYT
Aktif 2d lalu
·🌐 Kuala Lumpur

Legenda muzik tanah air Datuk Khadijah Ibrahim membuat kemunculan semula selepas 26 tahun tanpa rakaman baharu melalui pelancaran single berjudul Ibu Doa untuk mengubat kerinduan peminat setia beliau.

Karya ini adalah ciptaan sepenuhnya oleh Baizura Tazri dan diterbitkan oleh Jasmine Raj Production, menandakan lembaran baharu bagi penyanyi berusia 67 tahun yang telah menghasilkan 18 album dan lebih 180 lagu sejak era 1970-an.

Single tersebut membawa mesej mendalam tentang keagungan kasih sayang, pengorbanan, dan doa seorang ibu yang sentiasa mengiringi perjalanan hidup anak-anak.