MBSB Bank menjadi penaja utama kepada cabaran bersejarah yang membolehkan ERA mencipta pengiktirafan ASEAN Records dan ASIA Records menerusi kategori pertama radio pagi yang dikendalikan dan dirakam semasa terjunan bebas dari altitud tertinggi.
Pencapaian tersebut direkodkan di Dropzone Thailand, Rayong, dengan penyampai 3 Pagi ERA, Nabil Ahmad dan Azad Jasmin, berjaya mengendalikan serta merakam kandungan radio ketika terjunan bebas tandem dari altitud 13,000 kaki.
Nabil Ahmad melengkapkan dua terjunan termasuk satu terjunan tambahan, menunjukkan dedikasi dan keberanian luar biasa dalam menyambung cabaran ini.



