Trend
Kompilasi Kini TM Follow Like Share
nasional

Pelakon wanita drama kepolisan didakwa beri tiga jenis dadah kepada diri sendiri

What Did I Do To Make Her Leave Me Now?
Astro Awani
10 Julai 2026, 01:15 PTG MYT
Aktif 9d lalu
·🌐 Kuala Lumpur

Pelakon wanita Tisha Shamsir, berusia 40 tahun, telah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur atas pertuduhan memberikan tiga jenis dadah kepada dirinya sendiri pada 7 Julai lalu.

Menurut dakwaan, Tisha didapati melalui ujian air kencing telah memberikan methamphetamine, amphetamine dan ketamin ke dalam tubuhnya sendiri di tandas Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.

Sekiranya disabitkan kesalahan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952, beliau boleh dikenakan denda maksimum RM5,000 atau hukuman penjara tidak melebihi dua tahun dan pengawasan selama dua hingga tiga tahun.