Pelakon Datin Seri Zizie Izette A Samad dilepaskan dan dibebaskan daripada tiga pertuduhan bersubahat memperoleh rasuah RM2.8 juta oleh Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur pada hari Isnin, menamatkan kes yang berlangsung selama tujuh tahun.
Dalam keadaan sebak, Zizie mengungkapkan bahawa individu yang paling ingin berada di sisinya adalah Allahyarham suaminya, Datuk Seri Bung Moktar Radin, pada saat hakim membacakan keputusan tersebut.
Zizie membayangkan suaminya berada di sebelahnya ketika momen penting itu berlangsung untuk berkongsi kegembiraan atas pembebasan dirinya daripada pertuduhan.



